Saturday, November 6, 2010

Keindahan pagi hari~

Jam menunjukkan pukul 8 pagi,
Kesejukan menyebabkan jiwa aku meruntun,
Aku perlu ke tempat itu....
Aku selak pintu dan terus meluru...
nak kencing da...

Papa selak pintu ku lagi,
"Jom p breakfast".....
Bergegas aku bangun,
Aku cium bantal dan tilam ku,
Aku ucapkan selamat tinggal untuk seketika
Nanti aku datang lagi...

Pekan Sri Aman, apa yang istimewa?
Tiada apa-apa pun.
Tetapi, aku suka
Aku benci kesesakan dan hiruk pikuk manusia
di rumah kedua ku...
TM daaa.....
Hipokrasi, kepentingan diri, keuntungan, kekotoran
itu la kawan-kawan mereka.
Aku benci....

Hidangan pagi di tempat sendiri,
Sememangnya menusuk kalbu.
Laksa, Mee Kolo, Mee Dawai (bukan dawai besi),
Sumanya menjadi santapan wajib.
Aku ingin sumanya sebelum tiga minggu berakhir.

Hari ini hari Minggu,
Hari kesukaan ku.
Aku sedang menunggu sesuatu
yang menyebabkan jiwa ku berlagu
Keresahan aku, hanya Dia sahaja yang tahu.
Biarlah, dia sibuk agaknya.

Apa yang aku hendak buat selepas ini?
Aku pun tiada fikiran lagi.
Biarlah masa yang merancang untuk aku,
Seperti mana ia merancang hidup aku
sepanjang 22 tahun ini.

2 comments: